SUDIRMAN SURATIN 18 November 2008

Sehingga 2008 terdapat 3 jenis server:

1. Tower Server
2. Rack-Mounted Server
3. Blade Server

TOWER SERVER

Server ini adalah server yang paling asas. secara fizikal boleh digambarkan seperti PC atau workstation. Server ini ditempatkan dilantai atau di meja. Ada server yang mempunyai kaki/tapak bagi memberikan kesetabilan kerana server ini sangat berat.





RACK MOUNTED SERVER

Server jenis ini boleh digambarkan seperti kotak pizza. Server ini berketinggian minium 1.75” dan lebar 19”. 1.75” ini digambarkan sebagai ‘1U’ dimana ‘U’ adalah ‘Unit’. Server jenis ini boleh menjadi 1U, 2U 3U dan 4U.


Walaubagaimanapun server ini perlu mempunyai peralatan tambahan iaitu rak server. Server jenis ini perlu diletakkan di dalam rak server. Kelebihannya server boleh diatur dengan teratur dan mengurangkan penggunaan runga jika terdapat banyak server.


BLADE SERVER


Server ini adalah server terkecil tetapi berkuasa. Walaubagaimanapun server ini perlu dimasukkan kedalam casis yang khas. Casis ini mengandungi slot yang server blade boleh dimasukkan dengan mudah tanpa perlu ada penyambungan lain, seperti keayboard, mouse, monitor dan network.

Blade server direka khusus untuk kemudahan “pasang dan buka”. Casis untuk server ini adalah dalam bentuk Rack-Mounted berukuran 10U. Dengan kehadiran blade server, lebih ruang lagi untuk server.


Rujukan:
Artikel Simon Sharwoord, ZDNet Asia
Dell.com


Tiada ulasan: